Saya masih belum cerita kisah seorang gadis manis berbudi bahasa ke Jepun atau kadang2 dipanggil Nippon. Haah...sangat berbudi bahasa sebab dia nak ke jepun..dia perasan yang orang jepun sangat berbudi bahasa, sebab tu die pon nak jadi macam mereka..jumpa orang and greet orang dengan tunduk2...owh sangat lemah lembut..saya macam nak tiru juga...
ok cukup pasal menipu sebab saya tak boleh pon nak jadi lemah lembut selembut sutera sebab dari kecil dah terbiasa jadi macam kasar, MACAM ok sebab bukan kasar sangat pon..hehe...
dari kecil dah terbiasa lumba basikal pastu jatuh rabak siku,panjat pokok rambutan dan kadang2 durian (sebab pokok dia ada cabang dekat bawah sebab tu senang nak panjat..), dan macam2 lagi..paling seronok adalah bila ikat tricycle yang bahagian belakang tu aja dekat basikal besar kepunyaan abang hafiz lepas tu gilir2 naik, owh sangat seronok...sangat kreatif kan kami zaman dulu...tak macam budak2 zaman sekarang,asyik depan komputer aja, bosan...dan tak sihat.(-_-!)
sudah lah mukadimah panjang lebar. sekarang nak cerita pasal gadis konon2 lemah lembut melawat Jepun. tujuan sebenar atas urusan kerja,tapi bila ada peluang berjalan2 sapa tak nak oiiii....kan kan?
ok sekarang mula dari airport dulu...argh bila cakap pasal airport teringat teka-teki Kembarian yang pasal nak belanja melancong AROUND THE WORLD tu...haha sangat la bongok sebab mula dengan Airport, pastu2??haaaa...cuba teka diorang nak bawak pergi mane pulak? Amerika? salah..Indonesia? salah jugak...Ghana? haha salah lagi..kalau kena teka macam ni memang annoying sangat rasa...nak tau jawapan sila tanya orang yang tau...hahahaha..geram sebab rasa macam bongok bila dah dapat tau jawapan...siot betol teka teki..
ok2!!saya dah nak tunjuk gambar...dah penat asyik mukadimah je..
Ini dalam kapal terbang. tapi sempat snap gambar bila dah nak dekat Jepun je sebab naik2 kapal terbang je terus nak tengok movie..tengok2!! awan gebu2 montel kan..comel sangat...
Haaaa dah nak sampai dah ni..nampak tak matahari dah nak terbenam, padahal baru pukul 5 lebih.sana kan matahari terbit awal sebab tu terbenam awal..dah nampak land Jepun..tak sabar sangat rasa,biasa lah saya memang jakun..theheh..
Sampai dekat Narita Airport, kena tuggu ejen yang akan ambil saya..tak tak!!jangan risau,dia bukan la ejen handsome macam dalam citer Transporter tu, ni dah tua,so tak yah nak jeles..bila dah jumpa ejen dia cakap kena tunggu lagi seorang sebab dia dari Scotland, flight dia kena delay...owh saya pon macam malas nak tuggu lalu ambil kesempatan pergi jalan2 dekat Narita town..
Ni la map narita town..kecil sakit mata nak baca tambah pulak tak faham bahasa..nasib baik pandai main agak2 baca map dan rajin tanya orang..sebab tu kite kena rajin bertanya, kalau tak mau sesat jalan...
Saya naik keretapi je pergi Narita Town, tak jauh pon, dalam 2 stesyen dari Airport.
Tengok dah sampai dekat Narita town, biasa2 aje, sama macam Malaysia, cume tulisan je lain..
Haaa bila dah jalan2 perut mula lah lapar,mula lah nak cari McD or KFC..last2 ternampak McD ni..haaa tapi awas sebab walaupun jejaka handsome macho sebagai model tapi tak boleh makan tau sebab tak halal..sebab ade daging babi jugak...so nak taknak terpaksa lah pergi cari makanan lagi,dekat macam 7E je la,tapi nama die Family Mart...
Antara kedai yang menarik perhatian saya...nampak cantik dan colourful, nak makan pun semangat...kalau ade kedai macam ni dekat Malaysia mesti saya snap gambar awak banyak2...
lepas jalan2 macam tak ingat dunia, saya pon terus balik ke airport jumpa sama ejen transporter saya...sangat penat dan GEMBIRAAAA....sebab dapat jalan walaupun sekejap...
saya nak sambung kisah si gadis di post akan datang la sebab kisah ini masih panjang lagi...yang pasti esok gadis akan berjalan2 ke tempat yang memang menjadi kesukaannya~~(^_^)
No comments:
Post a Comment