29 October 2010

Ni memang GG teruk..kaw2

hahahahaaaa....haaaahahahahaaaaaa......................hahahahaaaaaaa............
*guling-guling*

ok dah puas gelak sampai guling2 siap..ape bodoh punya spam+scam..nak tipu pun agak2 la woiii...adoiii laaa korang ni, cakap tak pandai kang salah, cakap pandai kang tak pulak...hahaaaa...

sebab aku gelak...sila baca bawah...
-------------------------------------------------------------------
Alert: Account Blocked by (Account Manager)
From:
- Maybank Berhad
Add to Contacts
To:

Attention !!

Maybank detected a security problem in your account. For security reasons, we suspended access to your account pending your verification and reactivation. Please be informed that inactive accounts will be deactivated till further notice if not activated now. Sorry for the inconvenience caused.

Activate Now:
http://www.mysecured4m2u.com/mbb/m2u/common/M2ULogin.htm

Thank you.

Maybank Berhad
----------------------------------------------------------------------------------
sebab aku gelak sebenar nya adalah sebab scammer ni bengap tahap gaban..kok ye pun ngko nak scam orang kan, gi la cari orang yang betul2...aku dah la takda akaun Maybank, bley pulak ko hantar nak tipu aku pasal benda ni..konon Maybank hantar la yerkk...maap la...tak dapek nen nak nolong....

p/s : nasihat kepada kawan2 lain, sila berhati2 kalau dapat bende alah bodoh ni, dah ramai yang kena...diorang suruh click link tu, lepas tu kena update2 and activate bende ape ntuh..dah ada orang yang kena tau, takkkk tiipuuu...sebab dalam tu ada macam kena bagi nombor akaun bank..sekali dia bagi, tub tub kena time gaji masuk..sekali check dalam akaun dah tinggal 0...seme scammer dah tibai...gila laaa...memang kesian gila..bodoh punya scammer..miskin sangat ke sampai nak amek duit orang macam tu skali....tak baek tau korang ni...

28 October 2010

Menyampah betul aku dengan korang2 ni...

Wah tajuk menunjukkan kan aku tengah emo..ye betul memang emo..walaupun perkara kecik aja..bukan sebab tengah mengandung ataupun period nak emo2 terlebih ni, tapi bengang betul dengan scam2 bodoh tahap lembu ni..hari2 masuk email tau..memang la takyah nak layan orang cakap, tapi bila ada email camni hari2 buat rasa nak tempeleng je sape2 yang lalu depan cubicle aku ni..*haaaa lalu lalu, aku tempeleng kang*...boleh tak nak emo sampai orang tak bersalah pun kena..sengal betul...ok mintak maaf...

ok sambung balik cerita kenapa aku emo pagi buta...datang2 aja ofis, bukak email aku, belambak2 pulak scam ni masuk arini...eiii aku tak mau la tertipu dengan benda2 macam ni..erkkk ayat macam pernah kena tipu je kau..hahah..yeeee betul sangat, aku memang pernah kena dengan scam bodoh gores dan menang..lahabau tahap ayam kan...nasib aku pandai jugak lepas tu, pergi TRIBUNAL tuntutan pengguna, memang Tuhan tu Maha Sayang kat ciptaan dia, lepas setahun tanggung pembaziran macam tu, akhirnya aku dapat balik RM3000 yang aku konon2 laburkan untuk dapat kereta tu..hahahahahaaa sekarang bila ingat balik, memang macam bongok je rasa..lepas dah kena banyak benda aku jadi tahu dan buat aku berhati2...dulu tak tau langsung kewujudan TRIBUNAL tu, skang da tahu..pastu lagi satu paling tak bley blah ialah, sapa2 je boleh kena benda macam ni, biar lah ko orang pandai ke, cantik ke, gemuk ke, doktor ke, engineer ke, suri rumah ke...pokok nya, sapa2 je lah, memang boleh kena tipu dengan benda alah bodoh ni..sebab manusia ni ada sifat ingin dapat sesuatu benda dengan jalan pantas, lebih2 lagi bila melibatkan duit..perghhhh berpinor biji mata kau bila terbayangkan duit banyak depan mata kannn....($_$)...haaa aku pun tak terkecuali...

*story end*

ok al-kisah pagi ni sambung balik, intro aku memang suka berjela-jela, sebab bengang kan..haha...erm masuk la pulak beberapa spam yang terhidu2 macam scam-bangang-tipu-orang ni..banyak jugak la dah dapat macam ni..korang baca aja lah dekat bawah ni..aku yakin semua orang pun dah pernah dapat benda ni...

---------------------------------------------------------------------------------------------
Diharap tuan sihat sejahtera.
From:
FARAH AZIZ
Add to Contacts
To:

Diharap tuan sihat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya Farah,dan juga warganegara Malaysia.Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan.Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email saya ini, lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar pada kerjaya saya.

Saya bekerja di London ni da lama jugak dalam 5thn dan di sini saya bekerja sebagai secretary,dan sekarang company tempat saya bekerja ni memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE/BATU NILAM dimana mineral tersbut boleh didapati di Malaysia melalui pembekal dari seorng pompuan.Dan Produk ini digunakan untuk perhiasan barang kemas seperti rantai,cincin,gelang, dan banyak lagi.

Memandangkan encik jgk rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan encik untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat, semasa mereka datang untuk membelinya di malaysia. Untuk pengetahuan encik, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap sebulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan syarikat encik.

Di sini saya nak tanya, sama ada encik berminat untuk melakukan urusniaga ini? kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut.kalau boleh saya tak nak pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat akan membeli mineral tersebut dengan harga mengikut pasaran di sini(UK)ialah USD7,500 .

Dan di sini nanti saya akan bagi tau dgn CEO yang encik adalah pembekal produk

SAPHIRE BLUE STONE dari Malaysia itupun dengan persetujuan dari encik.

Sekiranya encik berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, saya diharap encik mengambil inisiatif untuk membalas e-mail kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:

Wassalam...farahaziz322@gmail.com

Farah
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tu la alkisah nya...aku sejak dah kena ni, terlalu berhati2 betul tau...sebab tak mau terberak cirit kali ke dua..sakit wooo...aku tak tahu lah sama ada diorg ni betul2 ke tipu2 kan, tapi nampak macam tak logic je...

korang rasa logic ke kalau ada orang nak bagi benda macam ni..eiii plisss laaaa aku tak caya dah..cuba fikir, kenapa dia tak tolong je sedara mara dia, suh sedara mara dia je yang jadi ejen tu..tak gitu...

kadang2 sampai aku fikir, diorang ni jual d*&^%h agak nya,haha...kepada yang lain2, sila la berhati2 dengan benda macam ni, dah la zaman sekarang ramai orang tak boleh dipercayai..semoga kita semua dijauhkan dari benda2 tak elok macam ni..simpang malaikat 44 *tiru gaya mak cakap*...

dah la, dah tak emo dah...nanti nak reply kt cik farah tu la, nak layan dia biar dia terkedek2 reply macam aku berminat..haha...padan muka kau...


27 October 2010

3 jam di Genting Highland


Owh semalam aku (sekarang guna aku sebab lebih romantis..bhahah..hakkkk tuihhh)..ok sambung..

semalam terasa macam nak buat gila..sebenarnya tak la gila teruk macam sebelum ni. sebab ini pun kira biasa aja, tapi sebab rasa macam buat time weekday yang besok nya kena pergi kerja...tu yang rasa macam gila tu..

eh tau tak, aku semalam ke Genting Highland lepas balik kerja.tujuan asal sebenar nya nak jumpa jijo, dia ada team building dekat atas tu, aku pun dah dekat KL ni, bukan jauh sangat pun..tapi kalau pergi balik malam sorang2 mau terkencing jugakk...

sebab tak berani pegi seorang, aku pun ajak la Ketong ngan Alin sekali...dalam perjalanan tu boleh pulak rasa nak ajak Mdnor..mula2 mdnor ok tau..last2 bila mesej dia cakap dah sampai bawah rumah dia (rumah mdnor dekat selesa hillhomes tau,masyukkk...)boleh pulak cakap kitorang tipu,siap keluar rumah tengok kitorang lagi betul2 ke tipu2..sengal betul mdnor tu..pastu boleh pulak keluar rumah jumpa kitorang dengan pakai baju tidur seluar petak2...bajet comel betul budak sorang ni...memang nak kena babab betul dengan aku...pastu boleh pulak gelak2 macam tak percaya kitorg betul2 nak naik Genting.sengallll....

lepas mdnor bersiap, terus kitorang gerak naik. jijo jangan citer la, dah terlebih excited dengan kawan2 boleh pulak naik dulu..adoiiii ingat dia nak tunggu aku,sebab gf datang melawat,mestila kena tunggu kannnn..tapi takpa, aku bukan kesah sangat pun,benda kecil macam ni je pun, taruk celah gigi je...hahaha..

ni 2nd time aku naik genting pakai kereta, dulu naik bas macam nak bunuh diri rasa,mau tak, cuba la korang bayangkan, macam naik roller coaster + buat fear factor..gaung kiri kanan hambek kau..tapi itu dulu la, zaman aku kecik2 dulu, sekarang dah besar gadang dah Malaysia pun dah maju, jalan naik genting pun dah cantik..memang terbaik layan corner dia..boleh takkk ketong sengal buat kereta aku macam cabel car gerak naik dalam 40km/h...cacat betulll...

bila dah sampai atas tu, terus jumpa jijo..owh lepas rindu kot akuuuu..bhahah..macam bongok sangat ayat minta penerajang..haha..terus jumpa kawan2 Technip dia..semua baik+cantik+handsome bla bla blahh...eh tak tahu dah nak describe orang macam mana..amboiiii kau kalau puji diri sendiri banyak pulak bejela2 describe, bila puji orang kedekut taik hidung masin...eh masin ek taik idung..ye kottt...

sempat la lepak old town white coffee, chatting2, layan sejuk, amik gambar 2 keping, chet 2 keping je,macam ape ntuh 2 keping jei...tapi seronok betul dengar kisah semua orang..bagus sangat bila dengar semua orang pun dah berjaya...soooo bila dah berjaya jangan lupa yang belum berjaya ok..haha..

tapi sebab masa dah lewat, besok semua orang nak kerja, jadi kitorang pun lepak kejap2 lepas makan, terus turun balik hantar jijo balik AWANA Hotel. wuuuu sedih tau rasa...haha..gedik sangat kau, padahal esok dia dah balik dah...terus boleh jumpa..hehhe..memang gedik..kesukaan aku la gedik2 ni...chettt..

ni je la 2 keping gambor yang sempat kitorang snap dekat atas...ishhhhh...dua je..apelaaaaa...

Dah la gambar mula2 aku yang kena hambek...korang memang tau nak masuk gambar je kan...takpa2....
sekarang turn aku pulak masuk gambar..nampak tak aku nyorok belakang, sebab nak cover gemuk..hahahah...tengok mata jijo, dia memang kalau nak ambil gambar suka tidur...alin dengan ketong memang tak suka tak masuk gambar,sebab tu dua2 gambar adaaaaa aja muka korang dua orang kan..hiushhhh...

13 October 2010

List hidup sampai hari jumaat

Kegemaran saya adalah buat list benda2 yang perlu dibuat, lebih2 lagi kalau conteng2 calendar, memang syiok..nanti buat saya nampak apa yang perlu dibuat, apa aktiviti, bila masa free dan semua2 lah..cuma conteng calendar saja tau,bukan buat diary, sebab dari dulu tak suka buat diary, pernah ada sekali, tu je seumur hidup..noob~~

eh nak list la benda nak buat, sebab nampak macam seronok sahaja miggu ni...weh nak convo wehhhh mau kau orang cakap tak seronok...

13 October
- balik kerja nak pergi cuci kereta.
- sampai rumah terus nak kemas bilik dan belakang rumah, cabut2 rumput semua...dah lama gila tak kemas belakang rumah..semua orang pun sibuk kerja sampai tak ada masa nak kemas rumah...
- malam ni kol 10 nak teman en.wan pergi main futsal dekat shah alam dengan kawan2 Technip dia.
- balik rumah tidur sebab besok nak kerja..

14 October
-Kerja macam biasa
- sambung kemas depan laman rumah pulak..macam hutan dah tengok, boleh tak jiran sebelah punya pokok dah sampai masuk rumah, kalau boleh sapu takpa, ini kena tebas semak2 bunga seri pagi kamuorang yang menjalar tu,eiiii tolong la, kalau boleh buat semak rumah orang, jangan la tanam..saya bukan tak boleh nak tolerate, tapi tak kan la tiap2 minggu nak kena tebas pokok tu..dengan tengah2 laman rumah ada pulak tumbuh baru sebab biji benih dia terbang2..owhhhh sengal~~~
-keluar dengan en.wan pergi rumah kakak dia dekat kajang..dah janji nak dinner dekat sana.
-balik rumah tidur

15 october
- kerja macam biasa
-balik kerja terus pergi UTP dengan adik tipu saya, Rahman..en.Wan tak dapat ikut sebab tunggu family dia.tak pa, saya gerak dulu k..
- pergi ipoh tengok Homestay untuk mak abah untuk convo saya
-pergi ambil robe dekat key si meloriang.
- mesti penat ni, nak tidur awal la..

16 October
- Cuti weh harini..boleh bangun lambat sikit.
- pergi kenduri kahwin k.azira dengan faizul (seri iskandar)
-balik terus pergi tempat homestay, sebab check in jam 2,ok laaa...
- tunggu mak abah sampai dari KL

17 October
- awal2 pagi dah kena pergi ambil adik dekat gopeng
- siap2 untuk convo
-gerak pergi utp
-CONVO....
-ambil2 gambar semua
-gerak pergi pangkor
-sampai pangkor,rehat2

18 October
-layankan diri dekat pangkor
- balik ipoh ambil gambar, hantar robe etc.
-balik rumah

wahhhhh penuh nye jadual...tapi takpa, saya dah janji dengan diri, nak sentiasa bergerak dan bergembira...wahai badan,sila bertahan~~

12 October 2010

Barang baru yang lama

Wahhh..semalam ditemani en.wan ke Metro Kajang..tujuan saya adalah untuk beli telefon baru..sebab dah cakap dengan kakak nak bagi dia telefon yang saya guna sekarang..ala biasa la adik beradik kan mana boleh berkira sangat...handphone dia rosak, so bagi je la...

tujuan nak beli dekat kedai telefon dalam kedai mamak tu, sebab dulu dah survey harga..ok la saya rasa...tapi tiba2 telefon kegemaran tu sold out..hampeh betul la~~dah mula buat muka sememeh dengan en.wan..sedih tau bila nak beli tapi dah tak ada..last2 en.wan ajak jalan2 dekat dalam metro kajang aja..

eh lupa nak cakap, semalam ada Thai festival tau situ..kami memang orang yang gila dengan thai festival ni, mau nya tak, ada jual kerabu mangga kegemaran kami kot...gila apa, sawan dua2 bila makan kerabu mangga...macam tak pernah jumpa kitorang makan...tapi sumpah la kerabu mangga tu memang terbahekkkkk~~~

ok sambung balik..lepas jalan2 dalam metro kajang, tak jumpa apa, terus rasa frust...boring tau, masuk2 tapi tak jumpa barang nak beli tu..eiii sengal!!terus ajak e.wan keluar...tub tub pula lepas keluar tu depan mata ada booth jual telefon..terus ajak en.wan gi tengok..

girang kot bila nampak telefon kesukaan ada dekat situ..terus tanya tokeh tu..telefon yang baru harga dia RM 999...alaaaa tengkorak betul,mahal lagi la..saya dah la bajet rm 600 sahaja..haha..bongok kan,kedekut nak mampus..dengan diri pun nak berkira~~~

heyyyy mestilah..dah nak convo kot..banyak benda lagi nak kena bayar,nak pergi pangkor lagi..kira2 semua habis dekat RM1000 tau..owh sangat bongok..tiba2 tokeh tu cakap, kalau awak mahu telefon ini, 2nd hand ada....tapi orang tu dah pakai beberapa minggu macam tu la..pak cik yang pakai..saya dah komfius...dengan selamba nya suh dia pergi ambil dan buka casing belakang...erm handphone ni baru juga ek, bulan 3 baru jual, saya cakap..dia pun angguk je...

pastu saya tanya2 semua...warranty siap mintak tambah lagi..haha..dia pun telefon kedai and tanya bos besar..pastu bos besar pun cakap ok, so saya tanpa segan silu pun terus angkat..eiiii gelojoh kan...teruk betul..sila jangan ikut..nanti menyesal..saya jenis buat dulu menyesal kemudian...hahahah...

balik rumah terus cuba itu ini..Alhamdulillah tak ada masalah lagi setakat ni..tengok la dalam masa 2 minggu ni macam mana..harap2 ok...sekarang tengah semangat guna handphone baru...owhhhh~~~nak taruk gambar banyak2..en.wan, sebab kamu teman saya, saya janji akan letak gambar kamu banyak2 juga k...

eh lupa nak taruk gambar handphone baru...terima lah telefon baru saya yang lama...haha..bongok tau...
LG Arena km900...nak beli iphone 4 tak mampu,tunggu lah saya kawin dengan dato' wan mohd azizul nanti baru beli hahaha...ini pun dah bersyukur..Alhamdulillah~~

07 October 2010

NEO RESTAURANT & LUXE LOUNGE

Itu hari saya dan rakan2 seperjuangan IWAKI dijemput untuk menghadiri makan malam bersama client di Neo Restaurant & Luxe Lounge. Terletak di Jalan Sultan Ismail berdepan dengan Equatorial Hotel...kalau kamu nak senang, cari Wisma KFC, betul2 bersebelahan Wisma KFC tu..

Saya yang gerak dengan K.Aini gigih mencari jalan tau, walaupun ade GPS, tapi itu bukan mengurangkan beban, malah menambah kan beban kami berganda2..(-_-!)...
boleh tak sampai 5 kali kami pusing2 dekat tempat yang sama, sengal tau..dah tanya abang secret recipe pun dia tak tahu..eiii harap sahaja kerja situ...(saya emo!!)

dah la sekarang sudah jam 830, dinner sepatut bermula jam 700, ape kes...lama2 saya dengan k.aini macam give up..siap boleh cakap, "ala, nanti kita dapat makan sikit aja la"...haha..boleh fikir pasal makan lagi sedangkan tengah sesat sekarang..

erm lama2 terus rasa macam give up...main jalan sahaja dengan k.aini..tawakkal je..tiba2 ternampak wisma KFC..kami mula semangat balik..erm k.aini cakap jom la berenti situ, lepas tu kita cari jalan, jalan kaki aja..haha..dah la dekat wisma KFC tu ada lif untuk kereta tau, saya yang jakun pun macam wowwwww..haha..k.aini pun cakap dia pertama kali juga..mula2 cuak..tapi best tau..tapi jakun sangat...

turun dari Wisma KFC tu, kami pun terus cari jalan..siap lintas2 jalan bagai..sekali lepas lintas jalan and jalan, baru lah ternampak sign board restaurant tu..owh rasa macam nak emo2 aja, tahu tak penat lintas jalan, rupa2 nya dia betul2 dekat sebelah Wisma KFC tu aja...sabar aja la~~

bila dah sampai, terus masuk tanpa hiraukan orang ramai..disebabkan semua meja pun dah full, saya dengan k.aini duduk meja lain..tapi saya suka, nanti makan tak payah nak cover2...boleh makan banyak2 nanti...best kan...

lepas tu terus pelayan tak handsome tu hantar makanan pertama...lepas tu makanan ke dua,ketiga keempat dan ke seterusnya...mula2 tu happy tau dapat roti, nachos dan kerabu mangga..


permandangan dari dalam restaurant. cantik sebab ada pokok2 bagai. saya curi2 gambar ini sebab dilarang ambil gambar..kedekut betul~~

Pinggan sudah tersedia..gila lah pakai pinggan tanah liat macam orang zaman purba..
Ini lah roti yang saya cakap tadi..yang macam ada tomato tu sedap. masam2 gitu..yang satu lagi saya tak rasa, nampak macam pelik terus tak mahu cuba...
ini lah nachos dengan kerabu mangga..kedekut sungguh~ini letak celah gigi pun tak cukup ok sebab saya makan banyak...lagi pula ada kerabu mangga, bila jumpa mangga mengalahkan orang mengidam..

lepas makan semua benda, tuggu menu seterusnya..sekali yang sampai ini....
Haaa hamek kau...memang fear factor la makan sini..mula2 tengok pun saya dah macam fikir 2 3 kali sebab tak biasa makan half cook...tapi bila perhatikan betul2, ini bukan half cook dah ni..tak masak langsung ni...hey kamu orang "Matahari Terbit" memang lah boleh makan, kami ni tak biasa...tapi sebab nak rasa makan juga...saya banyak habis kan carrot crisp tu,yang tu sedap...saya dapat makan sehelai daging sahaja..gila mual loya anak tekak...takpa2,tunggu makanan kedua~~~~

sekali sampai scallop da...saya dah la memang kurang makan scallop ni, sebab dia macam lembik2 hanyir macam tu..sekali tu sampai lak yang mentah-kono2-masak-separuh...eiii geli tau tekak mak macam ni~~cubit sikit sahaja sebab nak rasa juga..hambek hilang selera terus..sampai sekarang rasa lagi, bila fikir je mesti macam nak muntah...

Ini pula menu ke 3, still daging konon2 masak separuh..chet~~tapi sos tu memang sedap la..jilat sos aja,dengan sayur...daging sila letak jauh2...tapi lepas ni dah memang tak nak rasa teruja tunggu menu seterusnya sebab tahu mesti tak masak lagi...
........................
.................
...........
.....
..
.
eh tahu tak lepas snap gambar ini, ada waiter datang tegur jangan ambil gambar dah sebab tukang masak takut ada orang curi resipi dia...pffttttt~~~saya pon akur lah...
hanya sempat curi snap gambar ini..udang selalu saya boleh makan kalau half cook pun, tapi sini terus tak boleh masuk dah..k.aini sahaja yang makan..tekak saya dah kembang semangkuk dah..memang tak lalu langsung...dah tak boleh nak ambil gambar dah lepas ni..

tapi saya paling ingat menu terakhir, grilled lamb..saya pun cakap dekat waiter suruh tukang masak masak betul2 lamb tu, sebab saya gila lamb..sekali yang sampai 2 x 5 macam sebelum2 nya..bayang kan la, luar nampak ok, sekali gigit merah menyala lagi kat dalam..urghhh sengal betul~~terus campak dalam pinggan balik, habiskan air dan lepak luar...

tekak still kembang2 lagi..tak sabar nya nak balik nak makan nasi dekat tea-o-beng 70sen...weh walaupun 70 sen tapi sedap tak macam dekat sini...buat tekak saya kembang aja~~~