28 October 2010

Menyampah betul aku dengan korang2 ni...

Wah tajuk menunjukkan kan aku tengah emo..ye betul memang emo..walaupun perkara kecik aja..bukan sebab tengah mengandung ataupun period nak emo2 terlebih ni, tapi bengang betul dengan scam2 bodoh tahap lembu ni..hari2 masuk email tau..memang la takyah nak layan orang cakap, tapi bila ada email camni hari2 buat rasa nak tempeleng je sape2 yang lalu depan cubicle aku ni..*haaaa lalu lalu, aku tempeleng kang*...boleh tak nak emo sampai orang tak bersalah pun kena..sengal betul...ok mintak maaf...

ok sambung balik cerita kenapa aku emo pagi buta...datang2 aja ofis, bukak email aku, belambak2 pulak scam ni masuk arini...eiii aku tak mau la tertipu dengan benda2 macam ni..erkkk ayat macam pernah kena tipu je kau..hahah..yeeee betul sangat, aku memang pernah kena dengan scam bodoh gores dan menang..lahabau tahap ayam kan...nasib aku pandai jugak lepas tu, pergi TRIBUNAL tuntutan pengguna, memang Tuhan tu Maha Sayang kat ciptaan dia, lepas setahun tanggung pembaziran macam tu, akhirnya aku dapat balik RM3000 yang aku konon2 laburkan untuk dapat kereta tu..hahahahahaaa sekarang bila ingat balik, memang macam bongok je rasa..lepas dah kena banyak benda aku jadi tahu dan buat aku berhati2...dulu tak tau langsung kewujudan TRIBUNAL tu, skang da tahu..pastu lagi satu paling tak bley blah ialah, sapa2 je boleh kena benda macam ni, biar lah ko orang pandai ke, cantik ke, gemuk ke, doktor ke, engineer ke, suri rumah ke...pokok nya, sapa2 je lah, memang boleh kena tipu dengan benda alah bodoh ni..sebab manusia ni ada sifat ingin dapat sesuatu benda dengan jalan pantas, lebih2 lagi bila melibatkan duit..perghhhh berpinor biji mata kau bila terbayangkan duit banyak depan mata kannn....($_$)...haaa aku pun tak terkecuali...

*story end*

ok al-kisah pagi ni sambung balik, intro aku memang suka berjela-jela, sebab bengang kan..haha...erm masuk la pulak beberapa spam yang terhidu2 macam scam-bangang-tipu-orang ni..banyak jugak la dah dapat macam ni..korang baca aja lah dekat bawah ni..aku yakin semua orang pun dah pernah dapat benda ni...

---------------------------------------------------------------------------------------------
Diharap tuan sihat sejahtera.
From:
FARAH AZIZ
Add to Contacts
To:

Diharap tuan sihat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya Farah,dan juga warganegara Malaysia.Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan.Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email saya ini, lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar pada kerjaya saya.

Saya bekerja di London ni da lama jugak dalam 5thn dan di sini saya bekerja sebagai secretary,dan sekarang company tempat saya bekerja ni memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE/BATU NILAM dimana mineral tersbut boleh didapati di Malaysia melalui pembekal dari seorng pompuan.Dan Produk ini digunakan untuk perhiasan barang kemas seperti rantai,cincin,gelang, dan banyak lagi.

Memandangkan encik jgk rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan encik untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat, semasa mereka datang untuk membelinya di malaysia. Untuk pengetahuan encik, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap sebulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan syarikat encik.

Di sini saya nak tanya, sama ada encik berminat untuk melakukan urusniaga ini? kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut.kalau boleh saya tak nak pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat akan membeli mineral tersebut dengan harga mengikut pasaran di sini(UK)ialah USD7,500 .

Dan di sini nanti saya akan bagi tau dgn CEO yang encik adalah pembekal produk

SAPHIRE BLUE STONE dari Malaysia itupun dengan persetujuan dari encik.

Sekiranya encik berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, saya diharap encik mengambil inisiatif untuk membalas e-mail kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:

Wassalam...farahaziz322@gmail.com

Farah
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tu la alkisah nya...aku sejak dah kena ni, terlalu berhati2 betul tau...sebab tak mau terberak cirit kali ke dua..sakit wooo...aku tak tahu lah sama ada diorg ni betul2 ke tipu2 kan, tapi nampak macam tak logic je...

korang rasa logic ke kalau ada orang nak bagi benda macam ni..eiii plisss laaaa aku tak caya dah..cuba fikir, kenapa dia tak tolong je sedara mara dia, suh sedara mara dia je yang jadi ejen tu..tak gitu...

kadang2 sampai aku fikir, diorang ni jual d*&^%h agak nya,haha...kepada yang lain2, sila la berhati2 dengan benda macam ni, dah la zaman sekarang ramai orang tak boleh dipercayai..semoga kita semua dijauhkan dari benda2 tak elok macam ni..simpang malaikat 44 *tiru gaya mak cakap*...

dah la, dah tak emo dah...nanti nak reply kt cik farah tu la, nak layan dia biar dia terkedek2 reply macam aku berminat..haha...padan muka kau...


No comments: